THIS BLOG

Bestt view by 'GOOGLECHROME'

annyeong !!


Usaha membuahkan Hasil.

www.tips-fb.com
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pagi itu aku sedang bersiap-siap mahu keluar, terkejut apabila membaca status bbm dan twitter rakan-rakanku mengata kan yang result final kami sudah keluar, berdebar tak terkata ketika itu.Terasa degupan jantungku ini berdegup laju.Aku mahu mendapatkan kepastian,lalu aku bbm kakfara. Ternyata betul belaka khabar angin itu. 

Aku terpinga-pinga sebentar,sudah tampak muka sendiri lalu aku mendail number roomate-roomate ku, tapi hampa sekali mereka semua tidak memberi sebarang respon terhadap panggilan itu. Tidak lama kemudian zana telah memberi respon,katanya 10hb baru result keluar,aku pun memberitahu cerita sebenar,
Tidak lama kemudian zana memberitahu berita mengenai keputusan kami,alhamdullilah. Kesemua roomate-roomate aku mendapat pointer yang tinggi. 

Dan juga classmate aku yang aku rapat semua pun mendapat pointer yang tinggi. Hebat sungguh rakan-rakanku. Tahniah korang. Aku bersyukur kerana sem1 , aku berjaya masuk dalam DL(dekanlist). Terima kasih Ya Allah :') 
InshaAllah sem2 ni aku akan kekal kan pointer tersebut. Aku nk ucapkan tahniah kepada mates aku atas result korang , tahniah zana,pain,zira,mira,yatt,zura,zureen. Dan taklupa juga goodjob DSK1A,tahniah kita semua dpt keputusan yang cemerlang.

Roomate+Classmate gua yang gua rindui.
Gua punya gadis,gua gelak ketawa,menangis,bergaduh,mengedik,berjoget,mengila,stay up untuk study,tengok movie,makan minum,mandi,sidai kain,kemas bilik,shopping. Sejak gua kenal mereka,hidup dengan mereka. Semua tu gua buat dengan mereka. Weh zana,pain,zira. Cycy rindu korang. Nak sama bilik dengan korang sem2 ni :( takecare okeh korang. Pape message ah call ke, handphone ni senyap je oh . touching kay. *Nangis dh haaa* korang punya pasal lah ni. Nnti kita jumpa yeh. Bai kamukamu yang berada di Pinggiran putra,Bangi sek5,dan yg agak jauh Klang.
----------------------------------------------------------------------------------------
New story
Aktiviti aku cuti sem yang sekejap ni,menjadi pekerja part-time di Sempoi Coffee sek9 Bandar Baru Bangi. Kena kerja , aku asyik keluar merewang je,mana nk cari duitkan ? Minta mama? Takpe,aku anak yang baik :P berdikari . Hahaha *terkeluar mata mama baca ni* hahahha. Jemput datang sini jumpa kami Realla Sister ;)



Sambil mengosok mata,aku menguap dan kedengaran bunyi dengkuran org rumah. Aku mahu menamatkan entri malam ini. Selamat malam , semoga kita bangun tidur nnti hari kita akan lebih baik dari hari sebelum ni. Dan semoga urusan kita 
dipermudahkan oleh Allah S.W.T 'rabbi yassir wala tuasir Ya karim' .
Assalamualaikum untuk umat islam,dan selamat malam untuk bukan islam.

cycy.