skip to main |
skip to sidebar
Full of pink :p
Kriiiingggggggggggggggggggggg kriiinggggggggggg , jam loceng kawan sebilik aku berbunyi. Tiada seorang pun mahu mematikan bunyi yang sudah memecah gegendang telinga ku ini. Tapi nasib baik akhirnya bunyi itu telah di matikan oleh tuan empunya jam. Aku pun bangkit dan melihat jam telefon tangan ku sudah menunjukkan pukul 5Pagi , aku dan rakan-rakan bilik aku pun bangkit dan membuat persiapan untuk bersahur. Selesai sahur kami akan berjaga untuk menunggu azan subuh, dan menunaikan solat subuh. Apabila sudah subuh kami lompat ke atas katil kembali dan menyambung mimpi yang sudah tergendala tadi. Krinnggggg lagi, jam loceng aku pula menjerit mengejutkan kami, sebabnya kami perlu bersedia untuk ke kelas. Di bulan puasa ini alhamdullilah aku kuat mengharungi dugaan seperti lapar dan haus , dah besarkan mesti lah kena kuat .Minggu depan adalah minggu yang penuh dengan aktiviti , aku akan ada presentation , quiz dan test. Doakan semoga segala urusan aku di permudahkan , amin.
Ini pada hari khamis lepas,satu bilik pakai jenis tudung yang sama 'syria' .
Roomate , kami sudah semakin masak dengan perangai masing-masing.Mereka pun sudah masak dengan perangai aku :P
Kelas keyboarding , rabu depan ni aku dan rakan-rakan ada test , semoga kami dapat buat yang terbaik :)
Bersama Mira .
Yatt dan Tika. Aku dan Yatt.
Seronok juga belajar menaip menggunakan typewriter .Hari pun sudah cerah , aku hendak menyambung membuat assignment , Selamat pagi , Assalamualaikum :*lots of love
cycyrealla.
0 mySUPERB readers :):
Post a Comment